Baju Raya Sedondon

baju raya sedondon
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0822/Kosmo/Stailo/st_02.2.jpg

Setiap kali menjelang Aidilfitri Baju Raya Sedondon menjadi pilihan kekasih, suami  isteri dan keluarga agar kelihatan nampak cantik. Lebih menyentuh hati, baju raya sedondon menjadi lambang jalinan kasih sayang yang erat antara pasangan, malahan ia bukan terbatas kepada baju kurung saja, tetapi juga busana moden turut mengambil konsep serupa.

Bagi wanita, sudah pastinya pilihan baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung pesak gantung dan baju kurung Johor menjadi antara pilihan utama untuk Aidilfitri tahun ini.

Bagi lelaki pula, pilihan baju Melayu Johor dan baju Melayu cekak musang sememangnya menjadi busana tradisi turun-temurun. Lebih segak apabila dipadankan dengan samping daripada fabrik songket bercorak ringkas.

Bagaimanapun tidak semua pasangan dan keluarga yang mengenakan baju raya sedondon. Masing-masing ada cara tersendiri untuk kelihantan menarik di hari raya.

ShareThis