Fesyen Baju Raya Peplum


fesyen peplum


Untuk sambutan hari raya tahun ini, fesyen baju raya peplum dijangka terus diminati wanita. Peplum atau terjemahannya ‘ropol pendek bahagian ping­gang’ terus digemari golongan wanita kerana mampu memberi ilustrasi pada tubuh mereka.

Menurut sumber, Peplum moden mula popular sekitar tahun 1940-an dan 1980-an. Bagaimanapun perkataan ‘peplum’ itu dikatakan berasal daripada bahasa Yunani, peplos, bermaksud selendang.

Peplum menjadi fesyen kegemaran lelaki dan wanita Yunani purba, di mana peplos dipakai longgar di sekitar pinggang mereka.

Ketika Zaman Renaissance, rekaan peplum lebih berstruktur dan masih digayakan lelaki dan wanita. Peplum zaman itu bermula pada bahagian bawah korset dan dilanjutkan keluar seperti skirt pendek.

‘Kegilaan’ itu kini diteruskan dengan rekaan daripada nama-nama besar seperti Zac Posen, Jason Wu dan Elie Saab lalu ia melarat sehingga ke arena fesyen tempatan yang memperlihatkan ramai artis Malaysia menggayakan gaun potongan peplum.

Gaya jalanan juga tidak terkecuali terkena tempias ini apabila ramai pengusaha butik online memperkenalkan helaian ini dalam himpunan mereka. Untuk anda yang meminati fesyen peplum ini boleh digayakan untuk raya 2013 ini.

ShareThis