Warna Baju Raya Tahun 2012


Apakan pilihan warna baju raya anda pada tahun 2012 ini ? Mungkin ada yang dah mempunyai warna tema masing-masing. Tidak kisahla warna apa yang anda pilih..Jika anda memilih warna baju dan corak yang sesuai dengan badan akan menampilkan perubahan dengan penuh gaya dan personaliti yang menarik. Berikut tips memilih warna dan corak baju yang sesuai...


Badan gempal dan rendah
Badan begini sesuai dengan baju berwarna gelap, corak garis menegak atau corak bunga kecil. Elakkan dari memakai skirt labuh yang kembang kerana akan menampakkan lebih rendah dan gempal.

Badan gempal dan tinggi 
Individu seperti ini lebih sesuai dengan baju yang berwarna gelap juga serta corak bunga yang kecil. Corak bunga yang besar akan menampakkan lagi kegempalan individu tersebut.

Badan kurus dan rendah 
Orang seperti ini sesuai dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Bagi memperlihatkan dirinya. Corak garis menegak sesuai dipadankan supaya nampak lebih tinggi. Jika ditambah dengan kasut bertumit tinggi dapat membantu menambah ketinggian serta kedewasaan.

Badan kurus dan tinggi 
Penampilan baju yang sesuai ialah warna yang cerah dan corak melintang serta bunga baju yang besar supaya mengurangkan dia dilihat terlalu kurus. Corak yang melintang dan besar dapat memperlihat bahawa individu tersebut lebih gempal. Selamat mencuba……

ShareThis